JOM motivasikan diri dgn mengatekan TIDAK!

Thursday, December 23, 2010

TIDAK...anda tidak akan menyia2kan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dgn perkara yg tidak ada kebaikan di dalamnya..

TIDAK..anda tidak akn menghasilkan wang dan menghimpunkannya dgn mengorbankan kesihatan,kebahagiaan,tidur dan kesenangan anda..

TIDAK..anda tidak akn mencari2 kesalahan dan mengumpat org lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri..

TIDAK..anda tidak akn berperangai yg suka mabuk kepayang dgn kesenangan hawa nafsu,menuruti segala tuntutan dan keinginannya...

TIDAK...anda tidak akn menyia-nyiakan waktu bersama dgn org yg menganggur dan membuang waktu utk perkara yg sia-sia...

TIDAK...anda tidak akn mengambil sikap tak acuh terhadap badan dan rumah dr bersih,wangi-wangian dan disiplin..

TIDAK....anda tidak akn munum minuman yg haram,merokok dan segala sesuatu yg kotor dan najis..

TIDAK..anda tidak akn mengingat musibah yg telah berlalu. bencana yg sudah lepas atau kekeliruan yg pernah dialami..

TIDAK...anda tidak akn melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tnda2 keberadaannya..

TIDAK.. anda tidak akn berperangai membuang harta benda dlm perkara2 yg haram, berlaku boros dlm perkara2 yg mubah dan perilaku yg dpt melupakan perkara2 ketaatan.

BORING! BOSAN!

Thursday, December 9, 2010

Ada suara yg mengungkapkan: "boringla hidup ni!". Kalimah "bosan" perlu dilontarkan jauh2 dgn  harapan ia tidak akn wujud dlm hidup kita.

hakikatnya itulah jiwa yg kosong. jiwa yg sifar @ xde matlamat. jiwa itulah yg juga nanti akn berpegang dgn budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata2.

seorang lelaki bekerjaya akn terkejar2 agar tanggungjawabnya sbg khalifah dpt dilaksanakan dgn cemerlang dan pada masa yg sama juga dia sibuk mengumpul syer2 akhirat. dunia dan akhirat disepadukan. 

Jiwa yg kaya akn sibuk hinggakan masa yg ada terasa tidak mencukupinya. Ingatlah bhwa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan ke dunia ini. kita lah hamba, kita jugalah pemimpin (khalifah). 

Ingatlah firman Allah s.w.t yg bermaksud:                                                                                                   "Tidak aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah."                                                           (Surah al- Dhariyat 51:56)

Allah juga berfirman yg bermaksud:  
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." 
                                                                          (Surah Al- Baqarah 2:30)

Dua misi inilah yg kn membuatkan kita begitu sibuk di dunia hingga xde masa utk bergelumang dgn maksiat...


kesimpulannya: dgn tanggungjawab kite sbg manusia, sepatutnye kite xde mase yg lapang and xde mase nk ckp "boring" sbb kite always bz..

syukran~~

tips menutup aurat.... =)

Assalamualaikum..

Seperti yg kte tahu, menutup aurat adalah perintah Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kpd wanita memandangkan lebih rmai wanita yg x menutup aurat berbanding lelaki. 

so,  kat sini aku nk share info tntg beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yg prihatin dgn penampilannya di hdpn ajnabi..

1. Tahu
- Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan2 aurat, ciri2 pakaian yg menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi,hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar
-Seseorang muslimah itu harus sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh x acuh. Soal halal haram adalah perkara yg sgt besar.

3. Fungsi cermin
-Sebelum melangkah keluar rumah dgn yakin, lihat pada cemin dan tanyalah diri  "adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri2 pakaian patuh syariah.

4. Asingkan pkaian kpd 2 kriteria; sesuai or tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yg seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hnya ketika bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

5. Malu
- Wanita yg tidak biasa mendedahkan aurat di hdpn lelaki ajnabi akn berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walaupun sekadar tidak bertudung.

6. Bersahabat dgn wanita yg solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorg wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan kpd penampilan yg patuh kpd syarak.

7. Eksklusif. 
- Semua wanita itu cantik. namun kecantikan & keindahan tersebut Allah kurniakan sbg milik eksklusif wanita itu dan suaminya shaja. Oleh sbb itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kpd umum scara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar utk memilikinya.

 8. Banyak manfaat.
- Wanita yg menutup aurat hakikatnya akn melangkah keluar dgn lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risau mata liar yg memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit membeli aksesori itu dan ini.


sumber: Solusi edisi 26..

p/s: hope info dpt membantu anda serba sedikit..

~syukran~

kembara mencari cinta..

Saturday, December 4, 2010

assalam..
at last,i hve found a suitable title for my blog..ilham title ni aku dpt dr cite drama Adamaya..hehe..cume yg lainnye ini bkn kembara mencari cinta manusia...tapi kembara mencari cinta Ilahi yg hakiki..jom la kite same2 mengembara ye...moga Allah memberkati perjuangan kita untuk melawan nafsu lawwamah dlm diri kite ni!!insya-Allah...

syukran~~

lirik lagu ni sgt best..like this song!

aku ingin mencintaimu by edcoustic..

Tuhan betapa aku malu..
atas semua yg kau beri padahal  diriku..
terlalu sering membuatMu kecewa

* Entah mungkin kerna ku terlena
sementara engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghambakanmu
betapa tak ada apa2nya 
aku di hadapanmu...

(chorus)
# Aku ingin mencintaimu setulusnya
sebenar2 aku cinta 
dalam doa...
dalam ucapan ..
dalam setiap langkahku..

Aku ingin mendekatimu
selamanya
sehingga apa pun diriku
ku berharap untuk bertemu 
denganmu Ya Rabbi

ulang*
ulang#

p/s: credit tuk Nur Azua Alias sbb introduce kt aku lg ni..liriknye sgt best!!smbil dgr lagu kt blog ni,hayatilah liriknye yep!hehe.

NAFSU..musuh yg dicintai..

kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sgt kita sukai..

umat islam sering memberi tumpuan kepada musuh zahirnya.. Yahudi dan Nasrani misalnya, itulah 2 musuh yg begitu dititik beratkan oleh umat islam masa kini..namun, sedarkah kita??ade musuh lain yg lebih dahsyat dan hebat angkaranya..musuh itu xlain xbukan ialah NAFSU..agenda melawan nafsu ini jarang diuar-uarkan. Agenda ini tenggelam di tengah2 tempik sorak,demonstrasi dan kemarahan kita kpd Yahudi dan Nasrani..

peringkat2 nafsu:

ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat..

1) Nafsu Ammarah


Ammarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan. Ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina.          
       Firman Allah yg bermaksud "sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."                                                                                                                                    (Surah Yusuf 12:53)

Orang bernafsu ammarah ialah orang yg berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat. Bahkan dia mengajak orang lain dgn mempromosikan kemungkaran dan kemaksiatan, malah berusaha melahirkan "kader" yg boleh meneruskan kemungkaran itu. Jika ada program kebaikan, dia akan menentangnya. Jika ada orang yg menegur mereka, org itu akan dimusuhi dan ditentang. Orang yg bertahap nafsu ammarah ini juga sering menjadi "batu api" yg melaga-lagakan agar umat islam tidak bersatu, nauzubillah. Jika tidak bertaubat, mereka akn merasai neraka di dunia (tidak tenang dan bahagia di dunia) dan akn dicampakkan ke neraka.

2) Nafsu Lawwamah

Lawwamah erti nafsu yg mencela. org yg mempunyai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dgn dosa. Ia menyesali akn dosa2 itu dan mencela dirinya sendiri.
   Firman Allah yg bermaksud "Aku bersumpah dgn nafsu yg amat mencela kejahatan."                                                                                                                                                                                                                                             (Surah Al- Qiyamah 75:2).      
                                                               
namun ketika berbuat dosa, dia terleka dan terbuai dgn kenikmatan dosa itu tnpa memikirkan akibatnya. hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. sesungguh pun begitu keadaan itu tidak lama, ia akn kembali berdosa semula apabila ada godaan dan hasutan. apabila melakukan ketaatan, org yg mempnyai nafsu ini mudah dihinggapi rasa riak dan ujub(bangga diri). dirasakan dirinya sudah baik di sisi Allah. dia "perasan" dgn kebaikannya. tetapi berbeza dgn org yg bernafsu ammarah, mereka tidak berasa bangga dgn dosa dan tdk pula mengajak org lain melakukan dosa bersamanya. mereka ini juga mudah ditegur. pada masa yg sama mereka sgt suka kpd majlis2 ilmu dan majlis agama. hatinya mudah cair dgn tazkirah dan tawsiyah. cuma sgt rapuh apabila digoda maksiat. jadi, kedudukan org yg bernafsu ini masih tidak selamat- di dunia mahupun di akhirat.

3) Nafsu Mulhamah

org yg mempunyai nafsu mulhamah sudah mula mendapat ilham kebaikan dlm hatinya. ada bisikan kebaikandlm dirinya utk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yg lebih baik.
firman Allah yg bermaksud            
  "diilhamkan kpd diri akn kejahatan dan juga ketaqwaan." 
                                                           (surah al- shams 91: 5). 

org yg berada di tahap ini sudah mampu meninggalkan thp nafsu lawwamah. dia mula menghisab dan menyuluh diri lalu berusaha melakukan kebaikan. dia tidak lg mencari ruang dan peluang utk melakukan dosa cuma ada masanya dia terlanjur juga melakukannya kerana kelalaiannya.dia tidak sengaja. sebagai penyelesaiannya dia bkn saja mencari jalan untuk memperbaiki dirinya, dia juga berusaha menutup peluang utk terjebak dlm perbuatan maksiat. kawan, suasana dan keadaan yg boleh membawa kpd dosa dihindarinya. walaubagaimanpun, nafsunya belum stabil.

4) Nafsu Mutmainah

inilah nafsu yg diperoleh oleh seseorg hasil  mujahadah(melawan nafsu) dan riyadah al- nafs(latihan diri) secara istiqamah. hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan. dia bukan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. apa sahaja ujian Allah, sama ada nikmat atau musibah mampu dihadapinya dgn sabar dan redha. inilah tahap  nafsu org yg bertaqwa.  mereka menikmati al- jannah al- ajilah(syurga dunia yg berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup) dan di akhirat mereka diseru utk kembali kepada Allah menjadi penghuni syurga yg kekal abadi.

Firman Allah yg bermaksud  
" wahai nafsu yg tenang, kembalilah kpd Tuhanmu dgn gembira dan menggembirakan.  
                                                                                     (surah al- Fajr 89:27)

sumber: majalah Solusi, edisi 25

p/s: renung2kan..di mana kategori anda???
.

anda semakin MATANG bila??

Friday, December 3, 2010


assalam..
bila sume ciri2 kt bwh ni ade kt dlm diri korg..2 mknenya korg da mtg la..yg xde 2, berusaha la tuk adekan...agr kite dpt mnjadi lebih matang dlm semua aspek..renung2kan!!
-Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
-Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
-Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
-Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
-Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
-Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
-Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
-Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
-Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
-Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
-Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
-Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
-Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
-Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
-Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
-Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
-Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
-Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
-Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur. 

hikmah berSUJUD...

assalam sahabat2..sowi da lame xupdate..terasa malas plak tgn ni nk menaip..but kini ku kembali..tuk berkongsi sedikit maklumat buat pengisian hati..hehe

entri kali ni adalah tntg hikmah bersujud...hope dgn perkongsian ini, korg rase smkin seronok or excited tuk menunaikan solat..yela..da taw hikmah2 nye..memberi manfaat sama ada  tuk fizikal n jgk rohani..sape yg xnk kan?xpyh susah2 cri ubat..hehe

Sujud melegakn sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. 

-Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 

-Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

-Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. 

-Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

JOM amalkan Al- Mathurat!

Saturday, November 6, 2010

assalamualaikum..

entri kali ini aku nk citer sal Al- Mathurat dan kelebihan mengamalkannye... actually, aku pun bru je nk mule mengamalkan Al- Mathurat ni..so, nk ajak la korg skali..kite same2 beramal...tggungjawab manusia tuk slg ingt mengingatkan rite??tuk muslimah yg tgh cuti@period@bendera jepun@abc, korg still boleh beribadah dgn membace Mathurat ni..so, xde alasan la time tgh period xleh beribadat..

********************************************

Ape itu Al- Mathurat??

Doa al-Mathurat ini mempunyai dua jenis, sughra dan kubra. Jika korg ade banyak masa, bacalah kesemuanya bermula m/s pertama seperti di bawah. Jika korg kesuntukan masa, bacalah doa suhgra iaitu ayat-ayat yang bertanda * seperti di bawah. Korg  kne perhatikan tanda tersebut pada setiap ayat di helaian-helaian seterusnya. Paling penting, carilah masa untuk menghayati maksud doa ini...
Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Kelebihan2 Al-mathurat pulak mcm kt bwh ni...

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.
 
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
 
Selalunye after doa selepas wirid mathurat ni ade disertakan skali doa rabitah..lau ikt mksdnye, doa rabitah ni dibace pade wktu malam...bace la lpas korg bace mathurat wk2 mlm tuh...mcm al-mathurat, doa rabithah ni pun ade kelebihannye..antaranye..  kite dpt memahami dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi..
 
so, JOM la kite beramal same2..xrugi pon!renung2kan n selamat beramal!
syukran...wallahuallam...
 
 
 

khas untuk para muslimah...

assalamualaikum...

tuk entri kali ni...sy nk share dgn anda2..para muslimah tentang permasalahan darah haid..mmdgkan sy jgk perempuan sperti anda,sy memahami tntg masalah anda tntg haid ini..ade yg konfuse sama ada tmpoh haid atau periodnya telah tamat atau belum..hal ini bkn perkare yg remeh krana ia juga melibatkan solat kita ..jd sy telah mencari sedikit info tntg masalah ini...

sila klick sini untuk mndapatkan info...

harap info yg diberi sedikit sbyk membantu...

wallahualam...

girl=materialistic???

Friday, November 5, 2010

urm...bg lelaki2 kt luar 2, msti dorg setuju yg pompuan zaman skang ni sumernye materialistik...why??     
 bg pompuan plak,mayb ade yg setuju mayb ade yg bantah jgk kot...but for me,i'm agree that girls are materialistic...

cool dlu...jgn marah2..bce dlu pe aku nk tulis ni...hehe

ok..straight to the point..sbb pe aku stuju pompuan ni materialistik?aku ade alsan aku sndiri nape aku ckp cm2..

firstly...pompuan skang ni rmai yg berkerjaya..blaja tinggi..so,why not they find a good man as their husband??n hidup sng??blaja tnggi2,penat2 perah otak..tbe2 dpt laki yg menganggur..lower dr dorg..confem2 la hidup susa..pape bkaitan rumah tgge,anak2..arapkan duit bini..yg si laki ni untung sgt2 la..keje gaji rndah un,leh hdup sng..mkn duit bini..sumer hal bini yg uruskan...laki ni un jdk malas nk keje..sbb dpt bini kayer..ape kes??bkn aku nk pndg rndah,but as a woman,dorg msti la nk idup sng...sape yg nk idup susa?? kpada yg laki..jgn mrh la aku ckp cm2..mcm laki ni amik kesempatan plak...ini cume pndapat smata2...lgpn bg aku,byk situasi cmni yg blaku..mane aku taw:???aku tibai ja...sbb ni pendapat semata2..hahaha

second...ade beberapa kes jgk sal penceraian sbb si suami terlalu merendah diri...mane x nye,si bini lulusan ijazah,gaji besar,keje office..yg si suami plak,stakt lulusan spm,gaji kecik...mase bcinte mmg la sumenye ok..si laki ckp..'i akan berusaha smpai berjaye'./..n yg si pompuan plak ckp..'xpe..nti i support la u same..suami isteri kne la slng membantu'..ye x??hehe..tp bile da kawin...situasinye mayb da jd len..si suami akn jdk merendah diri n tercabar bile masyrakat sekeliling asyik dok ckp die mkn duit bini jek..yela..gaji kecik tp idup sng..last2..sbb xthn dgr ckp2 org..si laki ni un jd hot temper..then,membawa kpd penceraian..itu yg paling pompuan xnk..

huh.stkat ni 2 reason ja yg aku boleh pk scare logik akal..n pndapt aku sbg pompuan..lau nk taw lg byk...search la sndiri or lu pikir la sndiri..(ikt gaya nabil ckp)


p/s~mayb bg sesetengah korg penggunaan perkataan 'pompuan' 2 agk rude..tp bg aku bnde ni bese ja..bhasa pasar...mcm korg ckp jgk la..ade ke korg ckp 'perempuan' lau smbg ngan membe2..mcm agk skema di situ ye..heheso,lau ade yg xselesa ngan penggunaan kate ni..im sorry!!

tips untuk para pemalas..hehe =p

Monday, November 1, 2010

ok..entri kali ni aku rase berminat nk share sket tntg tips untuk mghilangkan sifat mals..tuk kikis sifat malas dlm diri kite..maklumlah musim2 exam ni...hehe..kalo korg nk taw, sifat malas adalah 1 penyakit mental..so, korg nk sakit mental ni??xnk kan??

sedar xsdar,rmai yg btnye..mcm mane nk jdk rajin ea??soklan 2 jgk slalu keluar dri pale otak aku ni..hehe..so, tips ni ak nk share ngan korg yg 'malas' n sbg peringatan tuk aku gak..yg da rajin tuh,nk bce boley,xnk bce pon boley..hehe

**********************************************

ok2..back to main topic..ske sgt melalut..straight 2 the point je lah..

tips-tips nye adalah mcm ni:

1. fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.
   - korg perasan x..kite slalu kuarkan ayt2 cmni..
          " ala..mls la nk wat..", " ala.. xsuke la wat..malas nk wat homework ni.."
mcm2 la lgi ayt..tp sume dlm ayt 2 ade perkataan "aku/saya  malas"...n sdar x sdar, kite didik diri kite jdk malas..cube pasni korg/kite tukar ayt1 2..jd cmni..
         "eh2..ak rajin la..", "ei..excited aku nk wat keje ni"..."aku rajin..bg la keje byk2.."
hehe..secara xlnsg..kite motivate minda kite ke arh bnde yg lbey positif..btoi x??haha

2. setiap kali pas korg bgn tidoq, yakinkan kt diri sndiri yg korg akn wat sgale tugasan korg tuk hari 2.. seeloknye, b4 tidoq 2, set dlm kepale otak korg ape yg korg nk wat esok hari..xpun ,kalo tkot lupa, korg tuleh la kt ats kertas ka, ats dinding ka..pas2 tampal kt meja blajaq korg.. aku pnh try wat cmni..keberkesanannye 90%..hehe..tp kalo korg wat,ak xtaw la bkesan ke dok..depends pada diri korg gak..

3. sentiasa cabar diri...yg nombor 3, tuk mncapai matlamat yg nombor 2 tu..da set dlm kepale, kne cabar diri yg korg akn buat..lau hangat2 tahi kucing ja,xjdk jgk...2 sbb aku ckp td..depends pda diri korg jgk..

4. bykkan muhasabah diri mengapa korg malas.. tgh2 xdak keja 2..drpd dok mlayan perasaan jiwang2,cintan2..bek muhasabah pasaipa korg ni malas sgt..mrh sket diri korg 2..pkiaq blik harapan mak ayh korg..hrpn korg..cite2 korg..

5. mohon doa yg berpanjangan kpd Allah supaya korg ni dijuahkan dr sifat malas ni...tips ni korg wat sbg tawakal la...da berusaha,last2 berserah ja kt Allah...jgn ingt dunia ja..akhirat ke ingt jgk noh..hehe..korg leh berdoa care korg sndiri..tp kt sni aku nk share doa yg aku jumpe dlm Al- Mathurat....tp aku tulis dlm bm ja la noh..try la ea..

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dr kelemahan dan kemalasan. dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan org..

*********************************************************
ha..2 je la antara tips2 yg aku nk share..hope berguna tuk korg n tuk aku jgk....

renung2 kan dan slamat beramal!!!

p/s: entri kali ni bahase nye agk berserabai...jap loghat kedah,jap perak..susah toi la jdk org mix negeri ni..haha..sori yep..hrp korg phm dgn ape yg aku nk smpaikan...syukran!!

special for u at TESL 5...

Wednesday, October 6, 2010

i dont know how 2 start...
but im juz trying to write what i feel since i was here..


to all my dear friends, 
thankz for being my friends..
i really2 appreciate u in my life...
i really love u as the way u are..

to my dear friend,
i realize that..
i'm not a good friend to u..
i'm bad...
i dont know how to care ur feelings..
i dont know how to make u happy..
i dont know how to help u when u hve problems..
i dont know how to be a good friends...

i juz know how to hurt ur feelings...
with my actions,
with my words..
i juz know how to tell u about my probs..
i juz know how to tell u my nonsense story..
i juz know how to make a stupid joke..
n i juz know how to get ur attention..

to my dear friend akyn,
thankz a lot becoz u are willing to be my friend
since we enter dis college,
thankz a lot becoz u give me sweet memories about our friendship..
thankz a lot becoz u always with me when i need u..
i like the way u are..

to my dear friends eisya,tengku and fahima,
thankz a lot becoz u are willing to listen to me 
although maybe u are already bored with me...
thankz a lot becoz u understand the way i am...
thankz a lot becoz u always with me...
thankz a lot becoz giving me ur advice..

to my dear sis kak dijah n kak kema,
thankz a lot becoz u are always cheer me up
with ur joke..
mayb u not realize it...
but really...
it helps me to recover myself..
i really respect the way u are...

to my dear friend fazli,
thankz a lot becoz u always here when i need u..
thankz a lot becoz u always treat me kindly...
thankz a lot becoz u r patient with my attitude...
thankz a lot becoz u are willing to be my bestfriend..

to my dear friends that i didn't mention above,
not becoz i dont love u..
not becoz i hate u..
not becoz i didnt appreciate u..
but..
it is to many for me to write it all..
to u all..
thankz also for being my friend..
n always be with me..
although i'm always make u feel annoying..
i hope...
u will be patient with my behaviour..
i hope..
our friendship will never end..

to all my dear friends, 
i'm not strong..
i can't be alone..
i really need u all in my life...
i need ur courage.
i need ur advice..
i need ur laugh..
n i also need ur problems..
i want to share everything...
happiness and sadness..
becoz i try to be the best that i can..
and becoz u are like my family...

to all my dear friends, 
i'm sorry about what i hve done to u..
i'm sorry becoz i have hurt u heart..
i'm sorry becoz i couldn't be a good friend to u..
 if u are criticise me..
 if u are honest about my behaviour,
i really appreciate it..
mayb i will be hurt..
but its ok..
it is better than u talk behind me...

thankz n sorry for everything...

~truly from my heart~



KBTC....class of 60....=)

Sunday, September 26, 2010

haha...cntk x banner ni??aku yg tmpah auw..keh2...ok..tipu..

*****************************

first, entri ni agk pnjg kot...so harap bersabar la ye!!

bersesuaian dgn tjuk, aku nk story r sal sambutan jubli emas KBTC....or dlm erti kate lain ulangtahun yg ke 50....tp xjgk...sbb setaw aku maktb ni start beroperasi thun 1954..xsure la...urm..tahla..actually aku un xtaw sgt psal2 jubli emas ni..org smbt,aku smbt jela...huhu...

bersempena dgn smbutan nieyh, alumni2 batch 60-an un dijemput..smbtannye agk meriah la..siap ade silat,men alt mzik tradisional,sajak,koir...tp yg plg best skali mase perarakan msk uh dowg gne moto keluaran thun 50-an ngan kete thun 20-an..xslap aku la...jename dye aku xengt la plak pe dye sbut td...

ktaorg sume warge mktb(semue ke??) berkumpul kt dwan kul 7.45..peh2 kne halau g dok beratur dpn dewan..lame gak ah berdiri kt situ..dgn pnsnye ag..ak pun jd hot ja..huhuhu. (pe dowg wat tah)ak nmpk 2bjik bas mktb msuk...dlm bas uh sume alumni2 yg aku ckp td tuh la.ak tgk sume da tua2 da...ade yg da jdk datuk,tan sri, datuk panggeran, datin...muke sume cria ja..yela kan..reunion slaps 50thun..msti la sronok kn..mai plak jaoh2..bile ngah tgk2 dowg uh, lalu ak un tbe2 tbyg...cmne la ble ak da tue nt..haha..jdk datin gak ke??or da arwah kot?keh3..

 hah..ni aktiviti ktaorg mase tgh tgu perarakan 2..sbb lame sgt,ak boring..lalu mngajak dorg ni snap!!!!hua3

    watpe 2 bang????bosan yer??hehe

   ksian aku tgk dorg nieyh..da mcm pemintak sedekah plak...pnye la lame tgu...huhu

  ni plak...ratu2 kcil yg terlibat dlm perarakan uh..comel x??gram aku tgk..huhu


 inilah kesudahan..sbb pns, ktaorg lpak kt garaj kete lecturer n snap!!cube teke tuh sape?lau xknal lg, p msk sem 1 blek la!!!!hua3..


 
hoh..hok ni..pas perarakn tuh..b4 masuk dewan...mik gmbr ni pom sbb tkejut tgk ade sowg clasmate aku pkai bju jpp!!haha


    mcm femes plop hok pkai bju jpp tuh!keh3...mcm2 pose ade..


  aku xpueh ati ngan pi ni sbb muke ak npmk sket ja...huhu..btw,piece!!


            ********************************************

dlm kul 9 gitu bwu la mjls dlm dwan mule...bile kt dwan, bese la..dgr ucapan..akin n hani kt sblh aku da slamt tido..ak nk tido xbley..ntah nape kali ni xngantok plak..excited kot nk dgr dowg berucap..dgr pnglaman dowg..hehe...
lpas dgr ucapan dri pengerusi, pengarah, n sowg alumni (tan sri aziz samsudin kot), ade persembahan dikir barat, deklamasi sajak n koir...acare dlm dewan ak xamik gmbr sgt..sbb aku un tgh pening2 lalat jah..(ngantok) n panas!

 
  ni plak gmbr Tan Sri Aziz Shamsudin..timbalan menteri pelajaran Malaysia skang..xsangke aku die bkas plajar IPG KKB nieyh...tp xnmpk muke ea..jap2..



                                          hah..ni la dye..muke clear pnye...ak cri kt tenet...hehe...


lepas abih sume acare...majls un bersurai...dlm kul 12 cam2 la...

    ~ The End~

*********************************************

lpas bersurai, ak n membe2 yg len, bgegas blek asrama..pnas dowh..nk kipas!!!n stdy tuk test Ldes ptg td...

p/s~ test LDES td 'sng' giler kot...tahniah kt aku sbb dpt 'jwb' sume soklan dgn baik...keh3..


sekian...