kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sgt kita sukai..
umat islam sering memberi tumpuan kepada musuh zahirnya..
Yahudi dan Nasrani misalnya, itulah 2 musuh yg begitu dititik beratkan oleh umat islam masa kini..namun, sedarkah kita??ade musuh lain yg lebih dahsyat dan hebat angkaranya..musuh itu xlain xbukan ialah
NAFSU..agenda melawan nafsu ini jarang diuar-uarkan. Agenda ini tenggelam di tengah2 tempik sorak,demonstrasi dan kemarahan kita kpd Yahudi dan Nasrani..
peringkat2 nafsu:
ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat..
1)
Nafsu Ammarah
Ammarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan. Ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina.
Firman Allah yg bermaksud
"sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Surah Yusuf 12:53)
Orang bernafsu
ammarah ialah orang yg berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat. Bahkan dia mengajak orang lain dgn
mempromosikan kemungkaran dan kemaksiatan, malah berusaha melahirkan
"kader" yg boleh meneruskan kemungkaran itu. Jika ada program kebaikan, dia akan menentangnya. Jika ada orang yg menegur mereka, org itu akan dimusuhi dan ditentang. Orang yg bertahap nafsu
ammarah ini juga sering menjadi
"batu api" yg melaga-lagakan agar umat islam tidak bersatu, nauzubillah. Jika tidak bertaubat, mereka akn merasai neraka di dunia (tidak tenang dan bahagia di dunia) dan akn dicampakkan ke neraka.
2) Nafsu Lawwamah
Lawwamah erti nafsu yg mencela. org yg mempunyai nafsu
lawwamah menyedari dia sering terlibat dgn dosa. Ia menyesali akn dosa2 itu dan mencela dirinya sendiri.
Firman Allah yg bermaksud "Aku bersumpah dgn nafsu yg amat mencela kejahatan." (Surah Al- Qiyamah 75:2).
namun ketika berbuat dosa, dia terleka dan terbuai dgn kenikmatan dosa itu tnpa memikirkan akibatnya. hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. sesungguh pun begitu keadaan itu tidak lama, ia akn kembali berdosa semula apabila ada godaan dan hasutan. apabila melakukan ketaatan, org yg mempnyai nafsu ini mudah dihinggapi rasa
riak dan
ujub(bangga diri). dirasakan dirinya sudah baik di sisi Allah. dia
"perasan" dgn kebaikannya. tetapi berbeza dgn org yg bernafsu
ammarah, mereka tidak berasa bangga dgn dosa dan tdk pula mengajak org lain melakukan dosa bersamanya. mereka ini juga mudah ditegur. pada masa yg sama mereka sgt
suka kpd majlis2 ilmu dan majlis agama.
hatinya mudah cair dgn tazkirah dan tawsiyah. cuma sgt rapuh apabila digoda maksiat. jadi, kedudukan org yg bernafsu ini masih
tidak selamat- di dunia mahupun di akhirat.
3) Nafsu Mulhamah
org yg mempunyai nafsu mulhamah sudah mula mendapat ilham kebaikan dlm hatinya. ada bisikan kebaikandlm dirinya utk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yg lebih baik.
firman Allah yg bermaksud
"diilhamkan kpd diri akn kejahatan dan juga ketaqwaan."
(surah al- shams 91: 5).
org yg berada di tahap ini sudah mampu meninggalkan thp nafsu
lawwamah. dia mula menghisab dan menyuluh diri lalu berusaha melakukan kebaikan. dia tidak lg mencari ruang dan peluang utk melakukan dosa cuma ada masanya dia terlanjur juga melakukannya kerana kelalaiannya.dia tidak sengaja. sebagai penyelesaiannya dia bkn saja mencari jalan untuk memperbaiki dirinya, dia juga berusaha menutup peluang utk terjebak dlm perbuatan maksiat.
kawan, suasana dan keadaan yg boleh membawa kpd dosa dihindarinya. walaubagaimanpun,
nafsunya belum stabil.
4) Nafsu Mutmainah
inilah nafsu yg diperoleh oleh seseorg hasil
mujahadah(melawan nafsu) dan
riyadah al- nafs(latihan diri) secara
istiqamah. hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan. dia bukan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. apa sahaja ujian Allah, sama ada nikmat atau musibah mampu dihadapinya dgn
sabar dan redha. inilah tahap nafsu org yg bertaqwa. mereka menikmati
al- jannah al- ajilah(syurga dunia yg berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup) dan di akhirat mereka diseru utk kembali kepada Allah menjadi
penghuni syurga yg kekal abadi.
Firman Allah yg bermaksud
" wahai nafsu yg tenang, kembalilah kpd Tuhanmu dgn gembira dan menggembirakan.
(surah al- Fajr 89:27)
sumber: majalah Solusi, edisi 25
p/s: renung2kan..di mana kategori anda???
.