tips menutup aurat.... =)

Thursday, December 9, 2010

Assalamualaikum..

Seperti yg kte tahu, menutup aurat adalah perintah Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kpd wanita memandangkan lebih rmai wanita yg x menutup aurat berbanding lelaki. 

so,  kat sini aku nk share info tntg beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yg prihatin dgn penampilannya di hdpn ajnabi..

1. Tahu
- Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan2 aurat, ciri2 pakaian yg menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi,hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar
-Seseorang muslimah itu harus sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh x acuh. Soal halal haram adalah perkara yg sgt besar.

3. Fungsi cermin
-Sebelum melangkah keluar rumah dgn yakin, lihat pada cemin dan tanyalah diri  "adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri2 pakaian patuh syariah.

4. Asingkan pkaian kpd 2 kriteria; sesuai or tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yg seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hnya ketika bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

5. Malu
- Wanita yg tidak biasa mendedahkan aurat di hdpn lelaki ajnabi akn berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walaupun sekadar tidak bertudung.

6. Bersahabat dgn wanita yg solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorg wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan kpd penampilan yg patuh kpd syarak.

7. Eksklusif. 
- Semua wanita itu cantik. namun kecantikan & keindahan tersebut Allah kurniakan sbg milik eksklusif wanita itu dan suaminya shaja. Oleh sbb itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kpd umum scara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar utk memilikinya.

 8. Banyak manfaat.
- Wanita yg menutup aurat hakikatnya akn melangkah keluar dgn lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risau mata liar yg memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit membeli aksesori itu dan ini.


sumber: Solusi edisi 26..

p/s: hope info dpt membantu anda serba sedikit..

~syukran~

0 comments: