JOM amalkan Al- Mathurat!

Saturday, November 6, 2010

assalamualaikum..

entri kali ini aku nk citer sal Al- Mathurat dan kelebihan mengamalkannye... actually, aku pun bru je nk mule mengamalkan Al- Mathurat ni..so, nk ajak la korg skali..kite same2 beramal...tggungjawab manusia tuk slg ingt mengingatkan rite??tuk muslimah yg tgh cuti@period@bendera jepun@abc, korg still boleh beribadah dgn membace Mathurat ni..so, xde alasan la time tgh period xleh beribadat..

********************************************

Ape itu Al- Mathurat??

Doa al-Mathurat ini mempunyai dua jenis, sughra dan kubra. Jika korg ade banyak masa, bacalah kesemuanya bermula m/s pertama seperti di bawah. Jika korg kesuntukan masa, bacalah doa suhgra iaitu ayat-ayat yang bertanda * seperti di bawah. Korg  kne perhatikan tanda tersebut pada setiap ayat di helaian-helaian seterusnya. Paling penting, carilah masa untuk menghayati maksud doa ini...
Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Kelebihan2 Al-mathurat pulak mcm kt bwh ni...

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.
 
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
 
Selalunye after doa selepas wirid mathurat ni ade disertakan skali doa rabitah..lau ikt mksdnye, doa rabitah ni dibace pade wktu malam...bace la lpas korg bace mathurat wk2 mlm tuh...mcm al-mathurat, doa rabithah ni pun ade kelebihannye..antaranye..  kite dpt memahami dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi..
 
so, JOM la kite beramal same2..xrugi pon!renung2kan n selamat beramal!
syukran...wallahuallam...
 
 
 

0 comments: